Posts

Showing posts from December, 2019

ASAS CARA MEWAQAFKAN BACAAN AL QURAN

Image
Bismillahirrahmanirrahim CARA MEWAKAFKAN BACAAN AL QURAN (Berhenti) Seseorang yang membaca Al Quran perlu tahu bagaimana hendak memberhentikan bacaan yang sempurna. Terdapat 2 sebab kenapa seseorang itu memberhentikan bacaan :- 1. Kerana kehabisan nafas 2. Terdapat tempat berhenti. Cara asas memberhentikan bacaan dalam Al Quran terdapat 6 Jenis, iaitu :- 1. Wakaf 1/2 Harakat 2. Wakaf 1 harakat 3. Wakaf 2 harakat 4. Wakaf 2,4,6, jenis Mad 5. Wakaf 2,4,6 jenis Len 6. Wakaf betukar huruf. Syarat utama dalam wakaf ialah dengan  mematikkan atau sedia mati  pada  huruf akhir. Contoh : Al Fatihah - 3 Huruf akhir di sini ada huruf "MIM" berbaris satu di bawah dan ia  tidak mati . Maka bagi sesiapa yang membaca dan hendak berhentikan bacaan, harus  mematikkan huruf  " MIM" ini. 1. WAKAF 1/2 HARAKAT Wakaf setengah Harakat terjadi apabila huruf akhir dimatikan dan huruf kedua akhir sedia mati. Apabila si pembaca memberhentikan bacaan dalam keadaa...