ASAS CARA MEWAQAFKAN BACAAN AL QURAN

Bismillahirrahmanirrahim CARA MEWAKAFKAN BACAAN AL QURAN (Berhenti) Seseorang yang membaca Al Quran perlu tahu bagaimana hendak memberhentikan bacaan yang sempurna. Terdapat 2 sebab kenapa seseorang itu memberhentikan bacaan :- 1. Kerana kehabisan nafas 2. Terdapat tempat berhenti. Cara asas memberhentikan bacaan dalam Al Quran terdapat 6 Jenis, iaitu :- 1. Wakaf 1/2 Harakat 2. Wakaf 1 harakat 3. Wakaf 2 harakat 4. Wakaf 2,4,6, jenis Mad 5. Wakaf 2,4,6 jenis Len 6. Wakaf betukar huruf. Syarat utama dalam wakaf ialah dengan mematikkan atau sedia mati pada huruf akhir. Contoh : Al Fatihah - 3 Huruf akhir di sini ada huruf "MIM" berbaris satu di bawah dan ia tidak mati . Maka bagi sesiapa yang membaca dan hendak berhentikan bacaan, harus mematikkan huruf " MIM" ini. 1. WAKAF 1/2 HARAKAT Wakaf setengah Harakat terjadi apabila huruf akhir dimatikan dan huruf kedua akhir sedia mati. Apabila si pembaca memberhentikan bacaan dalam keadaa...